KATA-KATA ALUAN PENGETUA


Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia,
Syukur Alhamdulilah ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut II dapat dilaksanakan pada tahun ini.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada warga kerja  SMK Membakut II atas kejayaan membangunkan laman web sekolah ini. Ucapan terima kasih saya ucapkan.
Bagi pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut II , barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih yang tidak terhingga kepada para pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.
Saya menaruh harapan agar dengan kewujudan laman web ini akan dapat menjalinkan semangat muhibah dan pada masa yang sama dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan semua pihak terutamanya dalam kalangan warga SMKM II. Dengan adanya laman ini, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SMK Membakut II ini.
Justeru, saya sangat berharap semoga barisan tenaga pendidik di sekolah ini akan menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah ini selaras dengan Visi SMKM II iaitu Sekolah Cemerlang Peringkat Daerah Menjelang 2013. Saya berkeyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini mampu merealisasikan matlamat di atas.
Di samping itu, saya juga berharap agar SMKM II dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang bukan hanya dari aspek akademik malah dari aspek sahsiah diri seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang turut menggariskan matlamat melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
Akhir kata, sekalung terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.
Sekian, terima kasih.
PUAN HAJAH TUAN MAIMUN TUAN SULAIMAN
Pengetua SMK Membakut II.


No comments:

Post a Comment